AIR TERJUN TERTINGGI DI DUNIA BUKAN DI DARATAN, TETAPI DALAM LAUTAN INI

PAMERAN ONLINE SHOP ⬇️

Ramai di antara kita menggemari air terjun, bukan? Keindahan alam semula jadi di kawasan ini sememangnya menenangkan.

Bahkan, kawasannya sering menjadi pilihan untuk "healing" atau terapi diri.

Tidak hairanlah ramai pengunjung suka mengabadikan gambar air terjun sebagai kenangan.
Namun, pernahkah anda terfikir di mana terletaknya air terjun tertinggi di dunia?

Ramai mungkin tidak menjangka bahawa air terjun tertinggi bukanlah di darat, tetapi terletak di dalam laut.

Mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya. Bagaimana air terjun tertinggi boleh berada dalam laut?

                      Tetapi Dalam Lautan

Justeru, SK hari ini akan berkongsi satu hantaran menarik daripada pengguna Facebook, Zunita Ramli, untuk menjelaskan lebih lanjut tentang fenomena ini.

Mungkin ada yang tak tahu, air terjun paling tinggi di dunia bukan di daratan, sebaliknya berada di dalam laut.

Denmark Strait, merupakan air terjun tertinggi di dunia dengan dengan kedalaman 3,500 meter di dalam laut. Menakjubkan, bukan?


Selain di Denmark Strait, sebenarnya banyak “underwater waterfall” wujud di dalam laut dan salah satunya terletak di utara Pulau Yaeyamas di wilayah Okinawa, Jepun. 

Dikelilingi air jernih berwarna biru, “underwater waterfall” ini sebenarnya terbentuk dari gunung berapi yang telah tenggelam ke dasar laut.

Keadaan ini menghasilkan jurang di dalam laut dan ia seterusnya menyebabkan berlakunya fenomena keajaiban semulajadi iaitu “underwater waterfall” ini.

Selain itu, salah satu “underwater waterfall” yang popular terletak di Mauritius, iaitu Alexandra Falls dengan “ketinggian” 700m di bawah paras laut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

R.HONEYGAIN.ME

50 TAHUN LAMBORGHINI COUNTACH www.lamborghini.com