50 TAHUN LAMBORGHINI COUNTACH www.lamborghini.com
LAMBORGHINI COUNTACH
Tekan link Pameran ZOKHSHOP TikTok, dapat produk trend masa kini
Lamborghini Countach dimulakan pada bulan Mac tahun 1974 dan ianya berterusan selama 16 tahun. Lama betul tu. Ia bukannya dikeluarkan secara besar-besaran dan pada peringkat awal hanya 1,999 unit sahaja dihasilkan. Namun walaupun jumlahnya kecil, Countach telah memberikan impak yang besar dalam dunia permotoran.
Sebagai meraikan model ikonik ini, Lamborghini telah membawa model LP400 ini ke lokasi ia dilahirkan. Barisan pengeluaran asal yang sama di Sant’Agata Bolognese.
Lamborghini turut menyiarkan kembali foto vintaj proses produksi LP500s hinggalah ke LP5000s.
Lamborghini turut menyiarkan gambar Countach berada sebelah menyebelah dengan model flagship terbaru mereka, Revuelto.
Keduanya meninggalkan impak besar dalam dunia permotoran, keduanya masih menggunakan enjin V12 dan keduanya juga sama-sama berwarna hijau.
Lamborghini berbangga kerana mereka masih berdiri teguh mengeluarkan kereta-kereta sport super di lokasi pengeluaran yang sama.
Ulasan
Catat Ulasan